Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang
beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam
keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus
meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih
kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih,
kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah
bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun
serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain
menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam
keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus
meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita..
Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah
akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan
Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga
tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan
teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat
selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat...
No comments:
Post a Comment