Followers

Monday, November 9, 2009

KEPENTINGAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA DI KALANGAN MUSLIM

Apa itu merancang harta?

Pengurusan harta yang berkesan dan sah dari segi undang-undang yang mana
bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan
hasrat terakhir seseorang mengikut undang-undang selepas kematiannya.

Kenapa kita perlu merancang?

"Kaki manusia tidak akan melangkah, pada hari pembalasan kecuali sehinggalah
dia disoal tentang lima perkara:

Masa hidupnya - bagaimana dia menggunakan hartanya
Masa mudanya dan tubuhnya-bagaimanakah dia menggunakannya
Kekayaannya-bagaimanakah dia mendapatkan
Dan bagaimanakah dia menghabiskannya?
Dan apakah dia telah amalkan pada perkara yang dia telah tahu?"

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi

Sumber hukum dalam Islam

Primer (Utama)Sekunder (Kedua)

Al-QuranMaslahah Mursalah

(Kepentingan Umum)

SunnahUrf (Adat)

Ijma'

Qiyas

Apakah sistem pembahagian harta pusaka di malaysia?

. Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian

. Menyelesaikan hutang hutang (dunia dan akhirat)

. Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian

. Melaksanakan wasiat

. Membahagikan harta yang tinggal mengikut Sistem Faraid

Akibat tidak merancang harta pusaka
Jika tidak merancang harta pusaka semasa hidup, pelbagai akibat akan berlaku
selepas kematian sekiranya waris waris anda:

. Tidak mengetaui ilmu tentang pengurusan harta pusaka

. Tidak mengambil berat persoalan faraid

. Tidak ambil berat halal dan haram

Bermakna sekiranya semasa hidup, anda tidak mahu merancang harta pusaka,
maka saksikan akibatnya apabila meninggal dunia nanti, seperti:
. Melihat waris waris melakukan dosa kerana:

. Memakan harta secara batil

. Memakan harta anak yatim

. Memakan hak si mati yang belum dibersihkan

. Menyaksikan 1001 fitnah harta yang berlaku kerana:

 
Waris-waris akan saling zalim menzalimi sesama mereka
Pemegang amanah merasakan harta pusaka peninggalan si ayah adalah haknya,
sedangkan dia hanya pemegang amanah
Berbagai kemelut harta yang kita tidak tahu bila kesudahannya
Berkenaan dengan perancangan harta pusaka, walaupun tidak ada ayat ayat Al
Quran yang menceritakannya secara tepat melainkan ayat ayat pembahagian
faraid, namun banyak ayat ayat yang mengajak kita memikirkan tetang
perancangan harta pusaka ini. Sebagai contoh;

. Penyesalan orang mati, yang memohon kepada ALLAH s.w.t moga
dipanjangkan umurnya kerana tidak sempat untuk berbuat kebaikan, tidak
sempat hendak bersedekah, tidak sempat hendak beramal. Sedang dia alpa
dengan kehidupan, tiba tiba mati datang menjemputnya. Hal ini ada
diceritakan dalam firman ALLAH s.w.:

"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan kematianku kepada satu waktu
yang dekat (yang diketahui). Sekiranya demikian, nescaya aku akan dapat
melakukan sedekah dan aku akan berbuat baik bersama mereka yang baik! (surah
Al Munafiqun ayat 10)."

. ALLAH s.w.t sendiri ada memberitahu hamba-Nya agar bersiap sedia
membuat perancangan dalam beramal agar tidak menyesal apabila kematian
datang menjemput.

Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah memberitahu kepada umatnya akan tanda-tanda
kematian agar beringat. Antara tanda tandanya:

. Uban sudah bertabur

. Mata sudah kabur

. Gigi sudah gugur

. Kulit sudah kendur

. Makan nasi bubur
Banyak lagi bentuk bentuk peringatan daripada ALLAH s.w.t yang menuntut
supaya beringat tentang kematian. Beringat agar berbuat kebajikan kepada
waris waris terutamanya anak anak yang bakal ditinggalkan.
Yang pasti di hadapan sekarang ini, akan ketemu pada bila bila masa ialah
mati. Hidup belum pasti, tetapi mati itu sudah pasti. Cuba renungkan:

. Siapa yang di pagi pagi hari berani mengatakan dia akan sempat
hidup sehingga ke petang?

. Siapa yang sedang berada di pejabat berani mengatakan dia akan
sempat pulang ke rumah untuk makan malam bersama ahli keluarga?

. Siapa yang sedang bertunang berani mengatakan pasti dia akan
sempat berjabat tangan dengan tuan kadi tanda termeterai akad pernikahan?

. Siapa yang merasa tubuh badannya sihat kerana banyak bersenam dan
banyak makan vitamin berani mengatakan pasti dia boleh hidup sehingga usia
100 tahun?

Tetapi yang sudah pasti, berapa ramai yang mengatakan sedemikian akhrinya
berkesudahan dengan peristiwa sebaliknya?

. Bayi yang disangka sihat, rupanya hanya sempat hidup untuk
beberapa saat

. Bakal pengantin lelaki yang sedang bersiap di malam hari, rupanya
menemui ajal dalam kemalangan esok harinya ketika sedang dalam perjalanan ke
rumah pengantin perempuan

. Ayah yang terlalu ingin makan malam bersama ahli keluarganya,
bersama isteri dan anak anak, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah
dirompak dan dibunuh oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan.

. Anak anak yang sedang menantikan kepulangan ibu bapanya tidak
kesampaian untuk bertemu mereka kerana rentung dalam kebakaran yang tidak
diduga

. Dan berbagai lagi yang semua tu membawa kita kepada penyesalan
yang berpanjangan sekiranya kita enggan berfikir dan bermuhasabah.

Kadang kala kita begitu sibuk membuat perancangan ketika hidup untuk benda
yang belum pasti. Untuk benda yang tidak pasti kita sanggup untuk bersusah
payah, bergolok bergadai, sedangkan semua itu masih belum pasti. Maka,
bagaimana pula dengan satu benda yang sudah pasti, iaitu MATI?

Memang wajar membuat perancangan dari sekarang kerana mati adalah satu
perkara yang memang pasti.

Bermakna apabila disebut merancang pusaka, jangan anda katakan;

"Eleh! Aku bukannya ada harta"

"Harta yang ada pun tidak cukup, buat apa sibuk rancang yang bukan bukan."

"Orang kaya-kaya sahaja yang kena rancang pusaka"

"Aku miskin, buat apa sibuk rancang pusaka"

"Buat apa sibuk rancang pusaka. Aku bukannya banyak harta. Hutang
banyaklah!"

 
Merancang pusaka bukan hanya untuk orang banyak harta sahaja. Orang yang
tidak ada harta tetapi banyak hutang lebih lebih lagi dituntut merancang
pusaka.
Sekirannya semasa hidup anda ada berhutang dan tidak dapat melunaskan hutang
piutang lalu meninggal dunia, maka bagaimana dengan nasib di alam barzakh
nanti?
Bagaimana dengan nasib roh anda nanti? Oleh itu sekiranya ada berhutang,
cuba berusaha mencari jalan bagaimana untuk melunaskan hutang hutang semasa
hidup.
Ini juga dinamakan merancang pusaka, iaitu berusaha untuk tidak menyusahkan
waris waris pada kemudian hari. Masakan anda sanggup membebani mereka
dengan masalah hutang hutang anda.
"Mengikut undang undang di Malaysia, jika seseorang membuat wasiat, ini akan
memudahkannya mendapat surat kuasa / pentadbir. Oleh kerana itu adalah di
cadangkan semua orang Islam yang mempunyai harta membuat wasiat dan boleh
disebutkan kepada ahli warisnya mengikut undang undang Islam"

(Al Marhum Prof Dato' Hj Ahmad bin Hj Ibrahim di seminar faraid peringkat
kebangsaan paa 22-23 Syaaban 1403H bersamaan 4-5 Jun 1983)


"Para alim ulama' telah sependapat bahawa hukum menulis SURAT wasiat adalah
sunat muakkad (digalakkan) dan ia boleh menjadi wajib sekiranya kita
mempunyai hutang. Bermakna WAJIB kita mengamanahkan WASI untuk melunaskan
hutang hutang kita serta memastikan kebajikan anak-anak (waris) kita"

Ustaz Md Ghazali Ibrahim (Kenapa Mesti Merancang Pusaka)

Sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi

"Orang yang malang adalah orang yang tidak sempat berwasiat." (riwayat
Ibnu Majah)

"Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat, maka dia mati di
atas jalan ini dan sunah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan
dalam keadaan diampunkan" (riwayat Ibnu Majah)

 
Hujjatul Islam Imamul Ghazali berkata,

"setiap orang Islam hendaklah menulis surat wasiat sebelum setiap kali ingin
tidur malam!"

Firman ALLAH s.w.t

"diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan
(tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk
ibu-bapa dan karib kerabatnya secara makruf (ini adalah) kewajipan ke atas
orang orang yang bertakwa" (surah Al Baqarah ayt 180)



















No comments:

Post a Comment