Followers

Thursday, November 5, 2009

Ala2 Ripley’s Believe It or Not!

Fakta Ajaib. Kenapa tak percaya ker?......

Sebuah program baru tentang fakta-fakta yang unik dan ganjil hasil kajian rakyat Malaysia dengan nama “Rosley, percaya atau tidak?” telah dilakukan. Inilah hasil kajian tersebut.
1 Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak?

2 Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3 Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4 Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Itali, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem “La Dolce Vita” yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5 Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia dan lebih lama dari penggunaan susu cap Bendera.

6 Tahukah anda, magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7 Tahukah anda, cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang ia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak akan mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor, sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8 Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9 Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10 Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11 Tahukah anda, gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak mambyar bilnya selama tiga bulan.







12 Tahukah anda, orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13 Tahukah anda, ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14 Dan tahukah anda, bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku….

No comments:

Post a Comment