"tiramisu... nice" |
Tp kali ni aku nak citer pasal Drama kat Tv3..bkn kek... rasanya korang semua dah tau pasal citer ni...sajer nak jadikan tajuk citer ni kat entry blog aku.. :p ..
Hero drama ni - Pierre Andre ..yg diorg kata muka mirip aku..hahaha..ntah part mana yg sama aku xtau...rabun kot depa... heroin pulak - Sharifah Amani..haaa...yg ni comel..penah jatuh cinta ngan dia jap..time citer sinderella...hahahaha... lepas tu ada la watak 2 lain... pelakon kanak2 yg comel n popular sgt tu - Mia Sara Nasuha...."terima kasih kerana buat cadar bau mcm mama-dialog iklan softlan" :) Tania Hudson- adik Natasya Hudson tu... lagi... ada Zain Ruffedge, arwah Faizal Yusuf, Dira, Sheila Mambo..
lagi aku suka..lagu tema dia..antara feveret aku "Susun Silang Kata by Aizat"..
"Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada.."
hurm..cuma waktu tayangan nyer...mcm kurang sesuai jer... 7-8 pm... maner time korang nak gi maghrib...tu yg selalu miss full episode..dpt tgk sampai 7.30pm jer...hehe..xper, aula kan yg wajib dulu..jgn risau..nnt ada arr ulangan nyer nnt...hahaha..
Sinopsis??xpandai la aku nak menaip pasal tu..aku copy paste jer erk dari blog http://ceritadimataku.blogspot.com/ ...(xminta izin ni..main copy jer...jgn marah erk..)
TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
wei..waktu yg x sesuai tu xde masalah la..ko leh tgk ulang kali kat tonton.com.my
ReplyDelete,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Woooo tiap petang aku nengok tak misss sedap citerrr dia mmg best.... klakar betoiii
nak tengok jugak (tetiba jer).. Tapi, kalau dok kat kolej mana dan nak tengok...
ReplyDelete