Followers

Friday, January 28, 2011

Mamat berbatov tetiba power!!

Hahaha... lepas fadli n (lee) roy blues dah pindah ke jabatan lain ni..rasa sunyi lak..yerr arr.dah arr xda geng gelak kat koir..tp xda gak geng nak citer pasal EPL... fadli ngan Man Utd.. Lee ngan Arsenal..aku jd lalang ..sokong Chelsea...hahahaha


Tp kali ni nak citer pasal player sorang ni.. Berbatov,player kelahiran Bulgaria..awalnyer tau pasal dia ni..masa dia jadi striker Spur’s... kira striker harapan arr masa tu.. alih2 ..lepas Nisterooy transfer dari Man utd gi Real Madrid... depa amik Berbatov ni masuk Man Utd.. awal nyer mcm xda la hebat sgt.. bese jer..masa tu pun di bayangi kehebatan Ronaldo n Rooney...

baru-baru ni..dlm 6-7 match ni...dia jer yg score utk Man utd ni...Rooney pun dah xperform mcm dulu..sejak World Cup ari tu arr..plus kisah skandal dia n kisah dia nak transfer gi Madrid... so time berbatov lak perform...

Skill berbatov ni xla hebat sgt nak di compare ngan ronaldo @ messi.. tp style dia gol..lemah gemalai jer..tp gol... tu yg Man Utd lead league kira agak susah arr Arsenal nak kejar....tp xtau agak...player ni kadang2 mcm yoyo gak..sometime naik..sometime turun...bese arr tu...

adoiyai..team aku nih..hahahaha


Yg xbestnye pasal “fantasy premier league”..member2 aku duk amik dia jadi striker... jd captain lak tu..tinggi arr point diorang..hahaha.. korang tgk jer arr striker aku “ tevez n Pavlyuchenko”.. ntah bila arr mamat2 tu nak score... :P

love quotes??? mengarut...hahaha

Time bloq walking td..Tetiba ada terbaca post jiwang ..ntah dari mamat/minah mana td..terasa nak balas balik…sori arr kalau mengarut..hahahahaha

1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan  cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu

* poyo jer…”kerana kehangatan cinta”..hangat taik ayam ada arr …hahahaha .. hurm…cintailah sesuatu kerana Allah S.W.T…
2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..
* xelok ada sikap benci membenci ni… kan elok ..kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w kena la saling sayang menyayang..saling menghormati… x gitu
3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?
* kenapa kamu menilai cinta berdasarkan kecantikan??ketahuilah kecantikan itu xkan kekal… biarlah lahir cinta hakiki.. yg ikhlas…
4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..
* blah la.. “kau seorang sahaja..” ayat mamat poyo jer ni..gi arr travel dulu..xyah gi around the world..cuba try around satu tanah Malaya ni… sure kurang - kurang duk sangkut kat awek kelate ..dok pun awek ganu ..takut depa jer x sangkut kat ko..hahahaha
5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..
*ayat masa tengah tangkap cintan memang arr mcm ni… dah lama nnt tukar “kehadiran hang mengelapkan dunia ku bagai xbayar bil TNB 3 bulan…kehangatan cintamu buat peluh ketiak aku…lembut??dak aih..tgn hang yg kasar tu buat gosok periuk lagi baguih… manja?? Apa manja-manja..pi main jauh-jauh…nak tgk bola pun xsenang..
6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah…
*hahaha..bila duk jauh hang rasa gelisah…takut nnt duk jauh hang yg heppi..duk pikiaq nak pasang lain.. :p

So conclusion nyer.. jgn duk termakan ayat-ayat @ quote cinta ni.. tok sah dok percaya 100%... kita ni manusia.. kadang2 duk buat silap…duk leka ngan keindahan dunia…xda yg kekal melainkan cinta pada Allah yg esa…

:: Antara amalan-amalan terbaik di hari Jumaat ::


Antara amalan-amalan terbaik di hari Jumaat :


Ustaz Zainudin Hashim

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.

Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.

Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.

Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin



copy from : http://nuraiman.wordpress.com/

Wednesday, January 26, 2011

:: OuR TriP to pOrT DickSon + PutraJaya ::


talib,han & zam-"superman malaya"
 note 23 Jan 2011 : Finally..our trip become reality... hahaha..bkn senang nak plan kumpul kami semua ni...setelah plan mlm td,kami decide berkumpul kat Shell Sg.Besi... kul 9am.. tp aku yg lambat..hahaha..yerr arr aku dari pee jay..ke Shah Alam... Shah Alam.. ke sana.. mmg arr agak lambat..hahaha..sori geng...


*jgn lupa niat utk solat jama'k n qasar ..... :)

Kali ni gi 4 kete... Zam lead konvoi kami..dia pun dah bese gi PD, coz awek dia dulu study sana.... hurm pejalanan kami amik masa lebih kurang 1 jam 20 min..camtu arr..agak2 jer.. :p

target location : Teluk Kemang...hurm..port pertama kami berdekatan ngan umah tumpangan DBKL kalau xsilap...ok da area tu..tp agak ramai org arr kat situ..ruang pun kecik sket... so kitorang discuss balik...plan cari port lain... zam & buyut gi survey dulu..dlm 15 min .. buyut call bagitau dah jumpa port baru...btl2 depan simpang nak gi Poli PD.. jln sempit antara hotel...


Port...ok arr.. terus jer punggah barang ...
 aper lagi..hidupkan arr api.."BBQ session"...

diketuai oleh mantan timbalan pengerusi PBSM 2002(talib) n Ahli Pengakap x bertauliah (buyut)..dan kami (zam,han,lan) sebagai pemerhati dan penyibuk..hahaha..aku la penyibuk tu..

setelah berhempas pulas..menyala la jugak.. so apa lagi Chef Lan.. Kasi Bakar la...hahahaha tu yg rentung tu...hahahaha

then apa lagi..sambil membakar..makan... kami main la bola tampar..sepak..teranjang... :D




matahari dah terik pun kami x berhenti lagi....  kanak2 hyperactive...hehehehe...

photo shoot session : apa lagi..mcm2 gaya kami buat..melompat..berguling-guling...

3.00pm : start packing nak balik... gi siap2 mandi air bersih(paip).... buyut kata "xkan nak balik terus"..so dia plan gi Putrajaya...sambung photo shoot session... kali ni balik ikut jalan lama (Lukut) ... tp sampai Seremban je...

.... perjalanan kami...di temani hujan lebat...

hujan kan..mula2 nak cancel gi Putrajaya ..but sampai jer kat kajang ..hujan udah sidang.. apa lagi..teruskan misi kami..hahahaha...

putrajaya moment :)
1st location @ Putrajaya : Masjid Sultan Mizan
kat sini mulanya nak jadi sesi bergambar jer...tp pasal semua da lapar..apa lagi..kasi habis semua makanan kami yg lebih kat PD td...

2nd location @ Putrajaya : Masjid Putrajaya - Putrajaya Bridge..
ni lokasi terakhir kami sebelum pulang..dlm suasana hujan..kami proceed gak...hahahaha...

::hepi ending ever after::

Friday, January 21, 2011

WaLk-WalK :D

note 20 jan 2011 : arrgghhh sakitnyer badan... mlm td pi duk men badminton... "krukk..."bunyi dtg dari sendi tgn aku yg seliuh...adoi..xbaik lagi seliuh ni..lama dah..coz dari aku jatuh moto masa praktikal kat sime uep dulu... aper nak buat pagi ni erk..sambung tido?? ahh bosan... bgn..jln longlai gi tgk kete dari side balkoni umah..."hurmm basuh kete best gak ni...."...

Aksi beregu kg.Medan : Bou Yut Lai.. & LaN Chong Eng..hahaha

turun bawah..tgk,waaa..byknyer menu sarapan pagi ari ni...owh..patut arr..bonda pun cuti gak..also my bro...capai sebungkus nasi lemak..sambil tgk video clip maher zain... best gak ..yg video clip based kisah2 Rasulullah s.a.w... :)

selesai makan...alhamdulillah..back to mission.."basuh kete"... mak aii ..habuk tebai se inci...hehehe....
on music player kat hanset...mulakan siraman pertama dgn lagu One in Million by Neyo.... :)..

ok ..setel..berkilat... :) ...

siap2 gi Shah Alam..mcm bese arr.... walk-walk... remember something..barang2 nak gi PD weekend ni...
venue : carefour subang jaya... sosej,nugget,paper plate,air, n lain2...

setel semua... gerak gi Alam Central.. nak survey something... walk-walk...asar pun kat sana...PKNS s.alam...walk n walk again.... penat...huhuhu..

cargas balik...hurm..pi singgah tasik sek 7 jap..cuci mata...tgk org memancing...lalalalalala



kul 6.30pm..terasa nak makan nasi lemak..sampai kat kedai tu..mcm xsiap lagi jer...hurmmm...pi mamak jap arr... Khulafa Bistro ..tp tukar menu...roti bakar + teh halia.... tgk jam da nak dekat maghrib...so gerak balik Pee Jay... :P 

Monday, January 17, 2011

TiraMisu...


"tiramisu... nice"
 hehehe..tgh2 free sekejap ni..aku nk ber'blog' jap...kali ni nak citer pasal :: TiraMisu:: .. mcm korang bese dgr ..tiramisu ni adalah salah satu flava kek..tp ni bkn favourite aku..my favourite is BluEberrY CheeSe Cake...kalau dpt yg made by SecRet RecIpe lagi layan..hahaha..
Tp kali ni aku nak citer pasal Drama kat Tv3..bkn kek... rasanya korang semua dah tau pasal citer ni...sajer nak jadikan tajuk citer ni kat entry blog aku.. :p ..

Hero drama ni - Pierre Andre ..yg diorg kata muka mirip aku..hahaha..ntah part mana yg sama aku xtau...rabun kot depa... heroin pulak - Sharifah Amani..haaa...yg ni comel..penah jatuh cinta ngan dia jap..time citer sinderella...hahahaha... lepas tu ada la watak 2 lain... pelakon kanak2 yg comel n popular sgt tu - Mia Sara Nasuha...."terima kasih kerana buat cadar bau mcm mama-dialog iklan softlan" :) Tania Hudson- adik Natasya Hudson tu... lagi... ada Zain Ruffedge, arwah Faizal Yusuf, Dira, Sheila Mambo..


lagi aku suka..lagu tema dia..antara feveret aku "Susun Silang Kata by Aizat"..

"Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan

Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada.."

hurm..cuma waktu tayangan nyer...mcm kurang sesuai jer... 7-8 pm... maner time korang nak gi maghrib...tu yg selalu miss full episode..dpt tgk sampai 7.30pm jer...hehe..xper, aula kan yg wajib dulu..jgn risau..nnt ada arr ulangan nyer nnt...hahaha..

Sinopsis??xpandai la aku nak menaip pasal tu..aku copy paste jer erk dari blog http://ceritadimataku.blogspot.com/ ...(xminta izin ni..main copy jer...jgn marah erk..)


TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.