Followers

Tuesday, December 21, 2010

4 Golongan Lelaki Yang Akan Di Tarik Ke Neraka

4 Golongan Lelaki Yang Akan Di Tarik Ke Neraka itu adalah :


1. Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.

Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.

Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. Suami

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.

Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,

Andai si suami mendiam diri, biarpun dia seorang ya warak dan alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. Abang @ saudara lelaki

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya @ saudara lelakinya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik/kakak perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, maka tunggulah tarikan adiknya/kakaknya di akhirat.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, maka nantikan tarikan ibunya.

Note Untuk Lelaki :

Llihat betapa beratnya tanggungjawap dan amanah yang anda wajib pikul dan lihatlah betapa hebatnya kuasa tarikan muslimah@wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.

Oleh itu kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Tegur -tegurlah saudaramu yang lain.

Note Untuk Muslimah@Wanita :

Wahai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.

Kassihanilah mereka seperti kamu kasihani diri kamu sendiri.

Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik ke Neraka Jahanam.

Insaflah...Harga seseorang muslim adalah sangat berharga'


sumber: http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fgoo.gl%2FTUTLH&h=120c2

No comments:

Post a Comment