Followers

Wednesday, December 9, 2009

Bintang EPL tiada dalam senarai - hehe messi menang kot



LONDON - Pemain bintang Liga Perdana England (EPL) sekali lagi menerima tampa- ran hebat apabila tidak termasuk dalam senarai pemain yang bakal dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009.


Sebelum ini nama-nama seperti Fernando Torres, Frank Lampard, Didier Drogba, Wayne Rooney, Cesc Fabregas dan Steven Ger- rard tidak tersenarai bagi calon pilihan Pemain Terbaik Eropah yang dimenangi Lionel Messi baru-baru ini.


Kali ini, semua pemain handalan yang beraksi di England itu telah diketepikan oleh FIFA bagi anugerah paling berprestij yang dimenangi oleh Cristiano Ronaldo tahun lepas.
Bintang Barcelona, Messi yang memenangi gelaran berprestij Eropah minggu lepas, kini dilihat calon pilihan untuk memenangi anugerah dunia itu bersama- sama Kaka dari Brazil, dua bintang Sepa- nyol, Andres Iniesta dan Xavi serta pemain sayap Portugal, Ronaldo.



Semua lima pemain itu beraksi dalam Liga Sepanyol.
Ronaldo dan Kaka beraksi buat Real Madrid manakala Messi, Iniesta dan Xavi pula bersama pasukan Barcelona.
Sementara itu, penyerang England, Kelly Smith dijangka bersaing dengan pemain Brazil, Cristiane dan Marta serta pemain Jerman, Inka Grings dan Birgit Prinz bagi anugerah Pemain Terbaik Dunia Wanita FIFA.
Dua anugerah baru turut diperkenalkan pada tahun ini iaitu anugerah Puskas FIFA dan Kesebelasan Terbaik Dunia FIFA/FIF- Pro.
Anugerah Puskas yang diperkenal sempena legenda Hungary, Ferenc Puskas akan diberikan kepada penjaring gol tercantik tahun 2009 manakala XI Dunia FIFA pula akan melibatkan 11 pemain terbaik dunia yang dipilih secara undian daripada pemain profesional seluruh dunia.


Pemenang anugerah tersebut akan diumumkan pada 21 Disember ini di Zurich. - Kosmo,Agensi






No comments:

Post a Comment