Assalamualaikum WBT..
Sekadar perkongsian agar saya dan rakan-rakan lebih berhati-hati. InsyaAllah..
Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Di kemaluan Si Mati...
Pada zaman Imam Malik,
terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya.
Dia selalu tidur bersama lelaki dan
tidak pernah menolak ajakan lelaki.
tiba pada hari kematiannya.
Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita
yang kerjanya memandikan mayat,
tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu
terlekat pada kemaluan wanita pelacur itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.
Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat
sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan
tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat
dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta
pendapat daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan,
tetapi yang dijawabnya hanyalah 5.
Ini menunujukkan akan berhati-hatinya
dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama.
Imam Malik bertanya kepada wanita
pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata
apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.
Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia
ada berkata : "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina".
Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan
Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut,
sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi.
Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan
kerana tidak mendatangkan saksi.
" Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman
80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut
Wallahua'lam..