Followers

Tuesday, September 7, 2010

:: Tips Kebahagian Rumahtangga.. ::

Dalam 2 ari nak raya ni...duk ofis buat keje sambil dgr lagu raya..mood keje dah melayang ke mana ntah..
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan
pujian.
4. Murah dengan
khidmat.
5. Murah dengan belaian
kasih sayang.
6.. Murah dengan
sentuhan.
7. Mencari
kebaikan pasangan.
8. Cari masa
berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan
pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau
hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada
perspektif pasangan.
12.
Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15.
Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak
mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk
mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘
I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50.
Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan
ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d)
Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58.
Berwawasan & pandang kedepan(tidak terjebak dgn masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63.
Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Wednesday, September 1, 2010

::I miss something.. (Raya Version) ::


I miss something...
U want to know what i miss..
Huhu..bese arr time dekat nak raya ni...
rindukan raya time aku kecik2 dulu..
hahaha..masa tu atok belah ayah aku ade lagi..
sedara pun semua lebih kurang sebaya...
gi beraya ngan geng..ketuk jer umah org ..xkenal pun pun..
tp misi dan visi nak dapatkan duit raya...gi jugak arrr... J
aper yg lebih aku rindukan...SUASANA...
skrg ni suasana xmcm dulu...x semeriah dulu..
xtau la bagi korang...
Dulu gi masjid- seronok jer solat terawih...xda nak gadoh2 pasal politik... LA NI.. ..(sesetengah tempat..)bole lak ada budaya nak semayang..pilih masjid...”ha..ni masjid parti....ni,bek aku semayang kat masjid kg sebelah..sana tu masjid parti ....”..hurmm...camner...

Dulu time balik kg..meriah sgt..coz semua kecik2..semua balik ker kampong..jenguk rumah sebelah meriah dengan family...dari tok nenek sampai la ker cicit...LA NI..lepas tok nenek depa dah pulang ke rahmatullah..umah tu da jadi sepi,terbiar....kawasan kampong pun dah jadi sepi...jalan2 dipeenuhi daun2 gugur...dah xda org yg nak bersihkan...anak2 diorang pun dah xjenguk umah tu...

Dulu...pekan meriah..walau kecil..tp ramaii meniaga..ramai pembeli...LA NI..nak tgk satu kedai pun susah..anak-anak muda kampong semua dah berhijrah ke Bandar...pekan dulu dah jadi macam pekan mati mcm dlm citer  cowboy...

Hehehe...tergelak dan tersenyum aku sorang..dah lama waktu berlalu..aku pun dah xmain meriam tanah..mercun cina..siap jd tokeh mercun masa kecik2 dulu...kejap jer...dapat ker kalau aku nak rasa SUASANA dulu tu lagi....

pic from : http://anugerahnurani.blogspot.com