Followers

Friday, December 23, 2011

9 Jenis Anak Syaitan



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? ??

* Amalkan dan biarkan diri kita sentiasa dalam wudhuk..dan sentiasa berzikir..
dan selalulah mengingati Allah...

Nescafe 3 in 1 bole jadi punca sakit jantung???



Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
ulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang??
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
Dikenal pasti:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
7. Elakkan mandi selepas makan 
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

Borak-Borak : Syaitan Gemuk & Syaitan Kurus


Sahabat Rasulullah SAW , Abu Hurairah R.A pernah bercerita “Perbezaan syaitan penggoda orang kafir dan syaitan penggoda orang mukmin. Syaitan Penggoda orang kafir kelihatan gemuk, segar, rapi dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus,kering, kusut, dan telanjang.”



Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus, “Mengapa kamu menyedihkan, kau kurus, kering, kusut,dan telanjang?”

Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca bismillah, menyebut nama ALLAH. Ketika hendak makan dan minum, dia membaca bismillah, menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus.

Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut. Dan ketika dia memakai baju, dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap telanjang.”

Syaitan gemuk menyahut, “kalau begitu, aku beruntung, aku bersama orang yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu, dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku dapat makan bersamanya sampai puas.

Ketika minum, dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh bersama dia minum.  Ketika berhias dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku turut berhias  Dan, ketika memakai baju, aku pun ikut memakai pakaiannya.”

Begitulah, betapa agung faedah membaca bismilah. Syaitan tidak dapat bersama makan makanan orang yang membaca :

Bismillahirrahmanirrahim
" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

* Renung-renungkan dan Selamat Beramal... :)

Friday, December 16, 2011

Blurrr dan terus Blurr...!!! hehehe

tu tgk tajuk entry aku kat atas... skrg dah december..end of year... but not end of tear..huhu... nak kater pasal keje x jugak...kat department aku akhir tahun ni  relaks sket... coz dah pulun buat keje dari Feb - Nov.. ni time leh rehat sket arrr...cuma duk memikir pasal SBPA.. (nak sign ke xnak)hahaha bole ker x sign???

tp yg buat aku blurr ni coz nak memikir ttg persiapan wedding aku... mula2 buat relax jer..sbb ada 4 bulan lagi..tp lepas kene tegus ngan memember aku yg dah kawin..depa kata prepare nak kawen ni..sekurang2nya ..6 bulan before d date... waaa...cuak gak...

baru arr cuak buat list... mintak tlg tunang aku buat sekali... try google...ada pun atu apps kat setelkahwin.com... xplore punya xplore..masuk tarikh wedding segala bagai... kuar arr list..ada 52 perkara..hahaha..dlm 52 tu..baru satu jer setel.."kursus kahwin"..hahaha tu pun amik masa aku study dulu....

byk benda aku xsiap lagi..baju nikah..nak cari gelang/rantai buat batal air semayang...pakej pak andam...kenduri(masak sendiri/katering) hurm.... arrgghhhh kalau ada duit lebih cantik gak..serah jer bulat2 kat wedding planner..tp ada ker duit puluh2 ribu..hahaha...

ni tgh pikir nak beli appliances umah lagi..yer arr umah kosong... tu kira2 kos nak dekat 3 k gak... hurm.. adoiii... xper xper..nnt aku pk lagi..hehehe


Wednesday, November 23, 2011

Selepas Kalah depa buat kontrovesi pulak.... Bikin Panas!!!

Macam2 hal jadi lepas kemenangan Skuad Harimau Muda di sukan Sea kelmarin.. bermula dengan bas player kita dihalang penyokong fanatik Indon...yg menyebabkan player kita stuck hampir 2 jam untuk penerbangan pulang awal bagi persiapan menentang Syria... (Rabu-24 nov 2011 8.40pm ada live kot kat Astro)

tetiba pulak  depa (Indon) nak suruh player kita buat urine test plak..apahai..hang nak duk sibuk..mcm xboleh terima kekalahan..apa ni..professional sket arr... bila kita menang jer nak buat urin..mcm time penembak kita menang dulu...dah arr penyokong kurang hajaq..duk bakar sana sini..management penganjur pun terabur... redha jer la weiii..semangat kesukanan sket...

apa pun..aku still salut + tabik kat quote Coach Harimau Malaya ni :

Ong Kim Swee revealed his secret pep talk before the finals: "They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.
"We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done."

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda menang Emas di sukan Sea Indonesia...




as'salam semua..lama dah xupdate blog ni..dari bulan July kot...mcm2 dah jadi sepanjang tempoh aku xupdate..hehehe...dari "hari bersejarah aku"...pemergian Arwah pakcik aku... Aidilfitri...Aidiladha..sampai la xlama lagi nak sambut Awal Muharam..dah nak masuk 1433 Hijrah...

apa pun nak citer pasal..getaq jantung aku pasal mlm td... apa lagi.. Final bola sepak sukan SEA arr... tahun ni sukan sea duk langsung kat Indonesia...mcm2 acara baru duk penganjur reka...depa lak tu menang pingat.. xpa pa ..biaq pi semua tu... yang penting xbermakna semua pingat tu..kalau duk kalah satu pingat ni..pingat Emas Acara Bola Sepak...hahaha..

Alhamdulillah..dlm duk ramai yg injured..skuad muda Ong Kim Swee ni mampu menyerlah dengan barisan yg ada... meh kita duk imbas game n mcm mana Harimau Muda ni leh pi final :

1st game : Malaysia (0) Singapore (0)
*walau byk peluang duk terhidang...Malaysia xberjaya nak cari gol.... 
2nd game: Malaysia (2) Thailand (1)
* Kali ni Malaysia main cantik..byk peluang..tp xleh cari gol gak..serangan tumpul.. bintang muda Nazmi Faiz main bagus...rajin..17 tahun katakan..hehehe
Nazmi Faiz
3rd game: Malaysia (4) Cambodia (1)
* Izaq Faris & Badrul kasi gol... tp assist cantik dari Player KL..Yong K.K
4th game: Malaysia (1) Indonesia (0)
* hahaha...kasi diam sama penyokong depa..kurang ajaq arr depa yg duk bakaq bendera kita!!
kasi "Garu" badan arrr weeiii

Semi Final: Malaysia (1) Myanmar (0)
* dlm duk kutuk Fakri..dia pulak yg score..hehehe

Final : Malaysia (1) Indonesia (1)
Malaysia Menang Melalui Sepakan Penalti 4-3
* Fakri asyik duk kena kutuk ja.. Fahmi asyik kena puji ja...


apa pun..game semalam menang kasi debar jantung ni... dah arr venue biasa tgk bola penuh (Mapley) terpaksa tgk kat kedai tom yam jer..tp puas hati.. selesa sket..skrin besaq... hehehe
meh review sket game malam tadi....
barisan kali ni ada beza sket dari biasa.... Pemain Ganu..Zubir Azmi duk men Bek kiri..tolak Asra main Wing kiri... Striker Fakri...Wing Kanan Tamil Arasu... Midfield Gurusamy n Irfan .. Bawah mcm biasa... Mahali,Fadli n Muslim...

Start Game..baru 5 min.. Indon dah sumbat gol melalui tandukan..dari Corner Kick...Adoyai.. Starting ni..duk kutuk Gurusamy ngan Fakri... byk kali buat punca..gugup ka..apa ka ... aku xtau..... dlm min 30.. Malaysia da dpt rentak... game jadi cantik. Salut kat kapten Malaysia.. Badrul..byk buat gerakan dan hantaran cantik.. Asra pandai header bola2 tu...hasil nya gol penyamaan Asra pada minit ker 34....gol leleh tu... kasi senyap gelanggang Bung Karno.... hahahaha tu belum kira cuak depa bila byk peluang kita nak masuk gol....

Asra selepas score gol penyamaan
Second Half: Malaysia start serang.... byk peluang Malaysia...tp Fakri ni..adoiyai..susah nak citer...byk peluang...dah xtau nak bagi bola camner lagi.... tukar player... Guru keluar ..ganti Nazmi Faiz... Tamil Keluar..ganti Yong K.K, Asra Keluar ganti Fandi Othman...sampai 90 min..xda gol jugak... xtra time...berdebar seiii...

last 15 min xtra time... asyik corner la pulak .. lagi cuak...nasib baik la Apek jadi hero lagi mlm td... Perform level high class... haha... sampai arr penentuan penalti...

aku ingat kicker Malaysia je :  
1.Mahali - gol
2.Fandi Othman - gol
3.Fakri - X gol
4.Fadley Shaz- Gol
5. Badrul Baktiar - Gol



Gol Badrul tu cuak kot..leleh je masuk... lepas masuk..menjerit arr kami semua kat kedai tom yam tu..bagi senyap geng penyokong indon kat kedai seberang tu....hahaha..kami yg xkenal tu kat tom yam tu main  peluk jer sesama sendiri (lelaki jer weeii) utk meraikan kemenangan tersebut....Tahniah buat skuad Harimau Malaya...haha..tp sori la yer..kali ni xdpt cuti umum...

Esok : 24 hb Nov.. skuad ni akan berdepan Syria dalam kelayakan Olimpik.. Ayuh Harimau Muda..tunjukkan taring anda..bukan setakat Asia Tenggara..Seluruh Asia pun Boleh....!!!!



Wednesday, July 13, 2011

:: Al-Kisah Ayam Penyet::

Ini al-kisah ayam penyet..hehehe...


Rasanya ramai gak peminat ayam penyet kan...1st time aku dgr pasal ayam penyet ni dlm 2 thn lepas..tp baru try dalam akhir tahun lepas..

Sebelum try xtau la mcm mana gaya,rupa n rasa ayam penyet ni...pernah la jugak tgk review pasal ayam penyet ni kat Jalan-Jalan Cari Makan...

So December last year , awek aku ajak arr gi makan kat area sek 7 Shah Alam (Wan Solo) dia kata,sedap..coz dia selalu gi ngan housemate dia makan kat situ..

Mula2 tgk decorate kedai tu..rasanya dah tau ayam penyet di asal dari mana..tgk gaya mcm dari Negara Seberang...baru aku tau...pecal lele..tu ikan keli rupanya..

Harganya ikut set.. around rm 10 ke rm35..ikut arr berapa org makan..

Dlm set rm 10 yg aku makan tu .. ada nasi putih..ayam penyet..tauhu goreng sekeping..tempe goreng sekeping..sambal..terung sambal.. n air mineral yg plastic..yg kene tebuk guna straw tu..pedas..xcukup air mineral tu..hohohoho

Kalau awek aku kata sedap..aku pulak..bese jer...

Ni pendapat aku arr... rasa dia..nasi putih makan ngan ayam goreng jer...then ada sambal sket..rasanya sedap lagi..nasi ayam kukus kat jln duta...jauh kalau nak compare harga..hehehe..

Tp depend arr..selera org ..masing-masing la kan..

Dlm 2 minggu lepas..

Masa beli brg kat sunway pyramid...dalam jln2...xtau nak lunch aper..teringat kat situ pun ada satu kedai ayam penyet...apa lagi..awek aku pun berminat...lunch arr kat situ... 


Monday, July 4, 2011

:: Malaysia 4 - 4 Chinese Taipei ::

Wa kali ni mau cerita pasai bola..kelayakan piala dunia bagi peringkat zon asia... Malaysia perlu kalahkan Chinese Taipei sebelum bertemu ngan Singapore yg dpt by...1st game kat bukit jalil (29 hb June) Malaysia menang 2-1..




Review 1st game:

Malaysia pegang game hari tu..hampir 60% penguasaan bola...byk peluang..tp penyudah yg kurang bagus...lepas gol cantik dari Kapten Pasukan,Syafiq Rahim...Penyerang Pelita Jaya(Safee Sali) jap jer main..rasanya xbyk pegang bola..dlm 3-4 kali..then injured..Malaysia terus mengasak sampai gol ke-2 hasil tandukan Aidil Zafuan Abd Razak...dalam depa seronok menyerang..kene counter attack ...senang2 Chinese Taipei dpt 1st gol depa.....so full time result .. Malaysia 2-1 Chinese Taipei....

Review 2nd game:

Game ni aku panggil,Game pesta Penalti...hahaha...Malaysia kene pastikan dapat gol awal utk game ni...percaturan Harimau Muda kali ni menjadi apabila mendapat gol awal hasil sepakan percuma yg “World Class” bak kata Zainal Abidin Raub mlm td...oleh Aidil Zafuan Razak..xdan nak seronok lebih2..Chinese Taipei Berjaya mendapat gol penyamaan apabila penjaga gol Malaysia (Sharbinee) gagal menangkap kemas sepakan lemah penyerang Chinese Taipei tu...xlama lepas tu..Malaysia kembali di depan apabila kapten pasukan Syafiq Rahim menjaringkan gol juga melalui freekick jugak...bagus gak kapten n bekas kapten ni..kat bukit jalil hari tu pun depan gol..kat Chinese Taipei pun depa gol...tabik spring sket..lepas gol ni...bermula lah pesta penalty..bermula dgn penalty bila bek kanan Malaysia..Mahaali menjatuhkan striker diorg...so jd arr 2-2...xsampai berapa minit...Taiwan dpt lagi penalty..bek tengah..Fadley tertolak lagi pemain Taiwan..tp kali ni,Keeper Malaysia dpt safe bola tu...kali ni striker Kelantan (Nor Shahrul Idlan)kurang menjadi arr..Malaysia tukar player..keluarkan Abd Hadi yahya...Amirul Hadi...Fadley...ganti ngan Fakhri Shaarani,S.Chanturu,Muslim Ahmad...Malaysia terus kene attack...hasilnya..dpt lagi satu penalty ..dan gol... so skrg...3-2..tu la result full time..hurm tgk update kat facebook jap..ramai yg berdebar.diorg ingat Malaysia xlayak dah..sbb depa xpaham Malaysia still layak pasal kelebihan jaringan pihak lawan..susah nak explain kat depa yg xberapa paham ttg format jaringan tempat lawan ni..huhuhu...

Lepas ni 23hb July..Malaysia akan lawan Singapore utk 1st leg pusingan ke-2 kat bukit jalil..tp hari tu aku ada majlis rasmi kat Pahang..adoi...sempat tak kami balik nak pi tgk kat stadium..kalau x..tgk kat tv jerr arr...hope kali ni bagi arr Apek-fahmi (keeper) main..confident sket..aper pun kita tunggu jer time game tu nnt...GO MALAYSIA!!!

Wednesday, June 29, 2011

:: Kalau Aku Mati Nanti ::

Kalau Aku Mati Nanti..

Minta tlg inform kat family especially parents aku, bagi tau baik2 erk.bkn aper..risau depa pengsan ke..apa ke..minta tlg yer..

Kalau Aku Mati Nanti..

Minta tlg buat report kematian...Minta tlg kafankan n sembahyangkan jenazah aku erk.. doakan utk aku..sedekahkan aku Al-Fatihah.

Kalau Aku Mati Nanti..

Pada mereka yg rapat ngan aku..terima kasih coz sudi bersama aku..susah senang..korang sentiasa bersama aku...terima kasih yer semua...
Aku mohon maaf byk2 kat semua orang..aku ni jenis org yg cakap lepas..mana la tau ada yg terasa hati ker apa ker..aku pohon maaf byk2...dari kawan zaman bebudak..kawan sekolah..kawan kolej ..kawan tempat kerja...dan semuanya...

Kalau Aku Mati Nanti..

Aku ada 2 insurans,..KwsP.. n parents aku letak sebagai penama..nnt tlg inform kat diorg gak erk..minta diorg claim..insyaAllah duit tu dpt bantu depa sepanjang ketiadaan aku nnt..

Kalau Aku Mati Nanti..

Hutang... setakat yg aku tau ..aku ada hutang pinjaman belajar ngan hutang kereta... hurm nnt amik la sket dari duit insurans cover duit pinjaman belajar aku tu..kereta tu,hope abg aku leh amik..continue bayar..

Hutang..mana la tau aku ada hutang ngan sesiapa yg aku xperasan..leh la jumpa abg aku sebagai waris.tuntut hak yg sepatutnya..rasanya xda..tp tu lah kan mana lah tau..

Kalau ada yg lain..makan minum..hope minta di halalkan..

Kalau Aku Mati Nanti..

Buat awak yg tersayang...jaga diri baik2 yer..ayang carilah penganti..mungkin jodoh kita tak panjang.. insyaAllah ada yg penganti yg jauh lebih baik dari sayang...maafkan sayang sebab xdpt tunaikan janji syg utk jaga ayg selamanya..dan janji utk tidak tinggalkan ayg..maafkan semua kesalahan syg..sikap syg..sometime cepat marah..hurm...maafkan kalau xmampu jadi pembimbing yg sempurna buat ayg..sepanjang kita bersama..syg bersyukur menikmati saat bahagia kita bersama..suka duka kita share bersama...Halalkan makan minum syg yer...InsyaAllah..sesuatu yg baik akan tiba utk ayg..Sesungguhnya Allah merancang yg terbaik buat Hamba-Nya...

sampaikan salam buat keluarga ayg..sampaikan ucapan terima kasih pada mereka kerana menerima syg sebagai sebahagian dalam keluarga mereka..sampaikan salam pohon maaf syg utk sebarang kekurangan dan kesalahan syg kat semua...yer ayg..

ayg..jangan sedih2 yer... senyum :)

Kalau Aku Mati Nanti..

Minta tlg sampaikan watikah ini utk keluarga aku...

Ayah- maaf ayah..maaf sgt2..bkn niat sy kadang2 melawan kata2 n kemahuan ayah..tapi itulah jiwa n perangai saya..ada jer xsehaluan ngan ayah..ada jer yg sy xpuas hati..dari kecil lagi mcm tu kan..ayah..tp sy tau..semua tu ayah lakukan utk kebaikan kami kan ayah..terima kasih menjaga..mendidika kami..menyara kami..ayah melakukan tanggungjawab ayah dengan baik sekali..walaupun kita x semewah mana..tapi xpernah kami merasa susah atau kelaparan..semuanya ayah tunaikan...halalkan makan minum saya..maafkan segalanya...yer ayah...

Emak- mak..mungkin tu panggilan yg selalu bermain dimulut saya masa kecik2 dulu ..apa pun “mak”..segala apa pun saya panggil nama “mak”...mak pengorbanan dan jasa mak terlalu tinggi mak..dari mengandungkan saya..melahirkan saya.. :) ..ingat lagi..mak pernah kata antara kami semua..melahirkan saya paling sakit sekali..tengok tu belum apa2 dah menyakitkan mak kan..hehe..dah tu elok2 lahir..mcm2 sakit pulak tu..sian mak ulang alik ke hospital...mak sabar jer perangai saya yg macam2 dari kecil hinggalah ke besar..mak sanggup bekerja xtido malam..dan mcm 2 lagi dalam membesarkan kami...maafkan saya mak..kadang2 ternaik suara..terkasar bahasa..xtunaikan arahan mak..terima kasih mak..utk sup ayam kegemaran saya dari kecil..terima kasih mak utk jaga masa saya sakit..terima kasih mak..utk jadi ibu yg terbaik dalam hidup saya...halalkan makan minum saya mak..dari air susuan mak..sehingga apa yg saya miliki sekarang...yer mak..

Kak Long- utk kak long,rasanya kak long sedia maklum hubungan kita xberapa baik kan..tp percaya lah..xda sedikit benci dlm hati ini pada kak long..malahan menyayangi kak long sepenuhnya..maafkan saya utk kata2 kasar saya pada kak long..utk sikap saya pada kak long..biasa la,adik beradik..mungkin ada jer yg xpuas hati depan mata...jaga kesihatan baik2..berdoa byk2..insyaAllah.. Allah sentiasa melindungi mereka yg sentiasa berdoa padaNya..jgn putus asa...yakin Dia sentia bersama kita...maafkan sy utk segalanya..

Abang- dari masa kecik kita membesar bersama..sikap yg lain..warna kulit pun lain..hahaha..byk jugak masa kita habiskan bersama masa kecil2 dulu..gelak jer bila tgk gambar kita balik...abg..aku minta tlg byk2 dari kau..tinggal kau sorang jer utk jaga family kita..tlg jaga mak n ayah..kak long..tlg yer...aku doakan kau Berjaya dalam menjadi seorang khalifah di dunia ni..sebagai pendakwah..sebagai pemimpin...sampaikan lah ilmu kau utk mereka sama Berjaya didunia dan yg utamanya akhirat...maafkan aku utk segalanya..doakan aku..doakan aku Berjaya di sana..

Kalau Aku Mati Nanti..

Lastly..harap..aku minta..sedekahkan Al-fatihah utk aku..doakan aku dpt bertemu dengan-Nya..doakan aku ke temu Syurga-Nya...doakan aku ke temu dgn Kekasih-Nya...

Maafkan aku utk segalanya...maafkan aku..semuanya Kalau Aku Mati Nanti..

Friday, June 17, 2011

::Trip to Langkawi::









last weekend aku gi "Island Hoping" kat Langkawi ..ni gambar kat depan "Dayang Bunting"..byk btl2 aktiviti kat Langkawi ni..next time arr aku citer..xdan nih...bz sket.. see ya..

Friday, June 3, 2011

:: KELEBIHAN BULAN REJAB ::

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.


* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.


* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada

bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan

Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan

Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,

engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.



Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu

maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.

SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.


REJAB menyucikan badannya.

SYA'ABAN menyucikan hatinya.

RAMADHAN menyucikan rohnya.


REJAB bulan taubat.


SYA'ABAN bulan muhibbah.


RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.



Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Friday, May 6, 2011

UNTUNG RUGI - org Islam

HANYA UNTUK MU.....



Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang

kena bayar RM25 cover charge.

Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air

yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover

charge, minum free bukan first drink je.

Berkoyan-koyan pun boley.

Siap nyanyi Soley-Soley.

Silap-silap dapat makan free lagi...



Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.

Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...

Nak belanja awek tu makan (duit lagi)... Silap2

silap kena tangkap basah.

Ha... Boleh masuk paper free.Kalau majikan tau,

boleh kena buang keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.

Bangun pagi takde breakfast,

terus niat pose.Dapat dah pahala. Bukan setakat

dapat pahala, siap dapat jimat duit

lagi.Pose tu kan boleh kekang nafsu. Cume tak

masuk paper je.Tapi insyaAllah masuk syurga.

Laaagi best!



Susahnya Nak Buat Dosa...

Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir

semua manusia hari ni.

Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang

keje tu, bos tengok,abis kena haruk.

Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik

tengok sume tak siap,tarik muka.

Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.

Timah Janda lak kena umpat...



Senangnya Nak Buat Pahala...

Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia. Allah

akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.

Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh!

Respek la... Suami balik

tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit

berzikir.Manis je muka. Nak keluar rumah pun

takut rugi.

Beban keje pun kurang terasa...



Susahnya Nak Buat Dosa...

Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan

cukup sampai bila-bila.

Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari.

Sampaikan ibadah pun

terabai,dunia tak gak dapat2.

Senangnya Nak Buat Pahala...

Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup

memudahkan. Takyah nak sibuk2

tamak haloba.Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir

baru, lantak ko la.Sebab dia dapat hutang baru,

kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.

Mane lagih best?



Susahnya Nak Buat Dosa...

Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu". Ha'ah!

Hidup la ko kat neraka. Hehe... Penipu ni bukan

setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi.

Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa dalam

ketakutan. Silap2 kantoi,kena ganti.

Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz

Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...

Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia &

malaikat, malah Allah akan

sentiasa memberkati hidupnya.

Mungkin dia jadik mangsa pembelit2 kat dunia ni

tapi dia takkan jadik mangsa

belitan ular kat neraka. Hidup pun aman, bukan

dalam ketakutan. Bahagia je...



Susahnya Nak Buat Dosa...

Nak lawan hukum Allah bukan senang. Nak study

tu, study nih. Carik peguam

tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat

kempen nih. Leceh.Terpaksa pulak buat Istilah

baru konon yang paling

benar. Tapi dusta belaka.

Ingat upah sana upah sini tu murah ke? Banyak

ooo abiskan duit. Walaupun bukan duit rakyat,

bukan duit sendiri. Hehe... Dahla hidup

kena laknat, siap booking name sendiri kat Malek.

Dunia akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...

Cukup senang kalau pakai hukum Allah. Ini bukan

yang manusia buat tapi

hukum yang turun dari langit.

takde hukum lebih sempurna dari hukum2 Allah.

Inilah hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah nak

fikir2 nak rangka rang undang-undang baru.

Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab. Selain

tuh, hidup pun diberkati. Ridhwan pun sedia nak

sambut dengan manis muka.

Inilah kemuliaan orang yang mempejuangkan

Agama Allah. InsyaAllah...



Renung-renungkanlah...

Thursday, April 21, 2011

::Temuduga Calon Jenazah::

Temuduga Calon Jenazah


SEMUA DIMINTA HADIR TANPA PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN :

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA : Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :

Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal sertasedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insyaAllah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya."

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Semoga berjaya dalam temuduga ini!!!!!!!!!!

Wallahu'alam.





Friday, March 11, 2011

smoker...tabiat deme yg teman x gemor...


smoker...penghisap rokok...bukan nyer aper..cuma terasa bengang ngan sikap smoker ni.. aku dulu pun penah jadi smoker gak...walaupun xla tegar mana...tp rasanyer korang ni patut arr ada attitude sket...

1. Merokok di jalan raya..masa drive@ride ... tabiat deme yg teman x gemor...
Bagi rider... agak 2 arrr...kau nak hisap..hisap la..tp time buang abu@putung tu usha arr skett org belakang..benggong betul..main campak jer...xpikir ker bahaya kat org belakang..dah arr bawa santai jer...ko ingat nak gi picnic ker...dah arr jalan moto tu kecik...

Bagi Driver... agak - agak arr bro...kalau feel sgt smoke tu..jgn arr letak tangan tepi tingkap..slumber jer julur tangan tepi tu...dah la..mengejut  jer..last day..(aku bawa moto)menjadi kebiasaan arr..moto kan ikut laluan tengah kalau time traffic jem..penah aku hampir nak langgar tangan sorang mamat ni..tetiba jer kuar tangan ...bese arr buang abu rokok..alert la weii..tu jalan raya..bukan bilik merokok kat shopping complex..lepas tu nak sound2 aku pulak..bila aku ajak berenti...blah plak...tutup tingkap...apahal... kalau rasa xsayang tangan ...hulur arr tangan camtu lagi...

2. Bapak yg ada baby/anak kecik... ni lagi satu tabiat deme yg teman x gemor...kalau nak kata xskola..marah..kata skola tinggi..sampai tingkat 18... tapi xtau risiko/effect asap rokok tu kat anak dia...apa la banggang nyer bapak mcm ni..xkesian ker kat baby tu...nak hisap..gi arr jauh2...dah la contoh xbaik bagi anak..ni nak bagi penyakit kat anak lagi..hal ni bukan aku tujukan kat kaum bapak jer..mak pun sama..sebab dah jadi trend MaMa Moden..Moden la sgt..nak merokok jugak..ni bukan MaMa moden..tp MaMa hampeh...sometime..masa pregnant pun smoke... *+!!!%$@

Smoker pun...respect arr sket kat keadaan sekeliling..sometime masa kat kedai makan...restoran ker..ker kat mana2 public.. kalau ada baby/budak kecik tu..try xyah merokok time tu..sian la kat budak2 tu..cuba padamkan jugak rokok tu..selalu gak aku sound member2 aku.. "baby kat sebelah tu...agak2 arr..hormat la weeii" ...


3.Kawasan Larangan Merokok... kadang2 xpaham memang budaya manusia...yg dilarang tu la nak dibuat...tp kesannyer kat org lain... tabiat deme yg teman x gemor... ingat masa lepak kat kedai mamak satu ni... ber"air-cond"..ada tanda larangan merokok.. tp diorg still smoke... bila complain kat mamak/tokeh kedai... dia kata takut customer marah balik..nnt customer lari...hurrmmm...Dalam bas pun nak merokok jugak..dah arr kat jamban pun smoke...hurmm...agak2 arr...

*bagi smoker yg terlibat dalam kes kat atas ni...pikir arr weiii..bukan anda jer hidup kat atas bumi ni..so fikir2 kan org sekeliling... jgn lak tetiba org panggil anda"bangang""..anda melenting... dah memang silap anda..so fikir dulu sebelum buat apa2.... chawww...



Audit...!! perlukan anda cuak....???



dah jadi kebiasaan bagi setiap jabatan/company/pertubuhan yg ada sijil ISO.... AUDIT... yg jadi hal nyer...adakah kita perlu cuak,takut,gabra ataupun buat slumber..buat don't know jer...hahaha terpulang pada anda...

minggu ni..minggu audit dtg tempat kami..walaupun dah tau..coz sebelum ada audit dari SIRIM ni...ada audit dalaman dulu..bese arr...mcm2 depa jumpa... ingat lagi kes audit tahun lepas...bertekak/berbahas ngan auditor...nah amik ko..kena NCR...hahaha redha jer weii...

tahun ni...agak gelabah sket..apa x nyer... boleh dikatakan kan selama ni aku menjalan kursus 'haram'...hahaha bukan nyer "haram" yg jadi dosa..tapi "haram" dari segi standard ISO...huhu...kes ni bukan baru..lepas di siasat..dari tahun 1996.. masa tu aku darjah 5 kot... hurm..selepas kerja kuat dari bos aku.. gi selongkar kat unit korporat...kami jumpa arr solution...  waahh terbaik bos kecik aku...

tapi aper yg best minggu audit ni... org yg selalu huhahuha..tetiba jadi cuak... daripada mula-mula kata xkesah...tetiba bertukar jadi cuak... gara-gara emel dari ketua pusat..yg kata barangkali org audit nak dtg...hahaha..mula la..cari fail meja masing2...maner piagam pelanggan..dari geng2 yg buat dont know tu....pun dah jadi cuak...menarik menarik...

ntah apa malang nyer... aku nyer kursus kena audit... perghh permulaan yg agak cuak..namun hasil kebijaksanaan bos besar aku..berjaya menangkis semua soklan auditor...syabas merabeta..inspektor syahab...hahaha...

punya memikir pasal audit..terbawa sampai tido...mlm tadi mimpi lak..yg audit tadi panggil balik..atas kesilapan modul kursus...perrgghhh..nasib baik mimpi..kalau x satu hal lak... :P

alhamdulillah..semua berlalu n berjalan ngan baik...hohoho..so korang standby arrr keje korang...jgn sampai kantoi ngan audit sudaaa.... :)

Monday, February 28, 2011

::10 petanda si dia jodoh kita::


maner pulak geng-geng audit ni..kalau ikut appointment nak dtg ari ni..tunggu punya tunggu..x mai jugak...hurmm surf aper aper yg patut..singgah kat laman web kegemaran "i luv Islam .com"...ni la topik yg aku pilih utk di share pada ptg  ni ... :)

10 petanda si dia jodoh kita.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

copy from : iluvislam.com... Hj Abdul Samad , Editor: kasihsayang

Tuesday, February 22, 2011

:: Di Kala Rasa Lemah itu Menjengah :


Bismillahhirahmanirrahim..Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Memang.
Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?

Bagaimana kita menyingkapinya?

Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya

Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?

Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.

Bersangka baiklah....

Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia.Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Sabar...

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.

Kesilapan kita.

Ada masa kita silap....

Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.
Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.

Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.

Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - Surah An-Nisa', 4: 32]

Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah

Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?

Namun, silapnya pada kita.....

Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.
Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.
Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.

Wujudnya saat muhasabah

Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.

Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.
Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?

Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.

Baik....

Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]

Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.

Dia mahu kita kembali kepadaNya

Dia mahu kita selamat di 'sana'

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali

Sekarang, jawab dengan hati kita. . .

Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?
Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?
Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.

Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.
Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.
Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.
Selama ini, adakah itu cara kita melihat?

Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup

Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" -[Surah Al-Baqarah, 2: 30]

Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).
Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.

Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.

Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.

Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.

Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.

Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.


Wahai diri,
Kali ini. . .
Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.
Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.”

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - Surah At-Talaq, 65: 2-3]

www.iluvislam.com- Artikel iluvislam.com -  Hariz Khair Ad-Deen

Monday, February 21, 2011

Mutiara Kata by Ahmad Fedtri Yahya

Assalamualaikum..dlm duk belek FB..rasa terpanggil lak kongsi bersama mutiara kata dari wall FB Ahmad Fedtri Yahya- pengacara TV3 n penulis lirik famous tu...hope tuan Fedtri xkisah..huhu...rasanya intipati nyer bermanfaat dikongsi bersama... :)
Ahmad Fedtri Yahya


• “dalam Islam tiada istilah I'M THE BEST. selain riak & perasan bagus, ia juga melambangkan sifat individualistik. sepatutnya, WE'RE THE BEST. Islam agama komuniti. Sama-sama membangunkan umat agar semuanya jadi yang terbaik.”

- Setiap sesuatu, lihatlah dari perspektif Islam-

*Indahnya Islam*

• Seri Dhuha: Jika seorang suami memiliki isteri solehah, 10 anak yg soleh dan solehah dan anak itu pula berkahwin dengan orang yang soleh/solehah juga...terhasil cucu cicit yang soleh dan solehah...jika dia mati, betapa banyaknya doa insan soleh & solehah yg akan menerangi kuburnya...

< Doa orang soleh didengari Allah >

• Petikan Prof Muhaya: Ramai yang berbelanja besar agar kelihatan hebat dan mahal sehingga terlupa.... jiwa dan dalaman terlupa untuk diberi 'makan'. Benda2 tu semua akan hancur bersama tubuh yg akan dimakan ulat sedang 'makanan' kepada roh akan kekal sebagai penyelamat sejati...


• Dunia umpama lelaki kasanova- yang memberi pujian palsu sebelum mangsa diratah dan ditinggalkan begitu saja tanpa maruah dan simpati...

-Dunia adalah penjara bagi orang mukmin. Bersabar seketika dengan nafsu yg meronta sebelum diberi layanan maha hebat di syurga terindah


• Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia..sedekahkanlah sebuah senyuman walau hatimu tidak lagi mampu bertahan..belajarlah memafkan walau hati kamu terluka..berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan..dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan.. (Mohd Sukur Ibrahim)


• bayi- banyak tidur kerana masih banyak waktu untuk membuka mata..orang tua- kurang tidurnya kerana masa untuk membuka mata tinggal sedikit...Namun, kita dituntut untuk 'membuka hati' sepanjang waktu sebelum ditidurkan untuk selama-lamanya...
• mutiara malam: “...jika manusia tahu betapa azab sakaratulmaut dan betapa getir suasana kubur serta betapa tertekan di padang masyar, tidaklah mereka terlalu berfantasi serta berjanji untuk bertemu di pintu syurga..... sedang orang soleh juga ramai yang tertahan dari memasuki syurga kerana suatu sebab yang tidak diduga”

• motivasi pagi: “di manakah letaknya nilai diri jika solat tidak menjadi sebahagian dari jadual hidup.... flora dan fauna turut berzikir, sayangnya manusia alpa dan fakir.....”

• “Kita pula rasa takut apabila terlalu ramai orang Islam sekeliling kita mengaku beragama Islam tetapi solat tidak diberi kepentingan.. penetapan jadual harian sepatutnya berdasarkan jadual waktu solat.. bukan pada tugasan harian yg dilihat tidak mementingkan subuhnya, zohornya, asarnya, maghribnya dan isyaknya pula seolah tak kunjung tiba.. Ya Allah, lindungilah aku dan generasiku drpd tergolong dlm kelompok tersebut.. marilah2 sama2 kita saling mengingati & berpesan antara satu sama lain..” (Zulfadli Jusoh )
• “jika orang memujimu, anggaplah ia satu gurauan... setiap pujian adalah mukhadimah kebinasaan.... dari keji bertukar puji- itu nikmat. Namun jika puji bertukar keji, itulah kesakitan sebenar...”( Hanya Allah & Rasul yang layak dipuji)

• “7 faktor telah dikenal pasti sebagai punca utama perceraian pasangan suami isteri di Malaysia:
1.kegagalan memikul tanggungjawab

2.asas agama yang rendah

3.campur tangan pihak ketiga

4.perbezaan budaya

5.masalah seksual

6.Kewangan

7.Kerjaya
Jakim mendapati 21% perceraian disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab suami isteri.”

• “usah ceritakan semua kebahagiaan kamu kerana bukan semua orang berminat mendengarnya... kebahagiaan utk simpanan jiwa dan dibalas dgn kesyukuran.. terlalu ghairah bercerita tentang bahagia, bimbang2 ada makhluk2 berhati kotor yang dlm diam akan memusnahkan kebahagiaanmu.. Kepada Allah kita berlindung....”
• Mutiara Jumaat: “Duit memang indah dipegang. Bisa membuatkan diri lupa daratan. Duit dari sumber yang tidak berkat walau bagaimanapun akan 'menyerang' kembali tuannya dengan pelbagai cara. Jika dibelanja, tidak tahu ke mana perginya. Jika diberi makan si anak, anak membesar utk menderhaka. Lebih takut, kerana duit itu- akan ada 'kemalangan' dengan tidak disangka-sangka....”

Wednesday, February 9, 2011

dari kata...

"Aku tidak pernah melihat hal yang lebih mudah menghilangkan amal baik, lebih merosakkan hati, lebih cepat menghancurkan seorang hamba, lebih lama membuat sedih, lebih dekat pada laknat, lebih banyak membuat orang mencintai sifat riak, 'ujub dan kekuasaan... dari sedikitnya pengetahuan seorang hamba pada aib dirinya sendiri sedangkan ia hanya memandang aib orang lain."

-Syeikh as-Sarri as Saqathi al-Baghdadi-


“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu

-Luqman Al-Hakim-